biar rasa & hati sering sejalan

situasi : anda berhadapan dengan si dia

anda rasa : tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu seakan tersekat di rongga dada.

dalam hati(hakikatnya) : itu bukan CINTA tetapi SUKA.


situasi : anda ternampak kelibatnya.

anda rasa : mata anda tidak terlepas dari terus memandangnya walaupun si dia tidak perasan kehadiran anda di situ.

dalam hati(hakikatnya) : itu bukan CINTA tetapi NAFSU.


situasi : si dia berada jauh dari anda. mungkin out station atau sebagainya.

anda rasa : anda terlalu menginginkannya dan ingin segera berada di sampingnya.

dalam hati(hakikatnya) : itu bukan CINTA tetapi KESEPIAN.


situasi : anda ingin mendekati dirinya tetapi sukar kerana ada banyak halangan. tetapi anda tetap tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha.

anda rasa : perasaan anda meluap-luap untuk mendekati dirinya. anda tidak puas hati selagi tidak berjaya.

dalam hati(hakikatnya) : itu bukan CINTA tetapi KESETIAAN.


situasi : si dia meminta penjelasan daripada anda. apakah perasaan anda terhadapnya. walhal anda sendiri keliru dengan perasaan anda.

anda rasa : anda amat menyenangninya. anda menyukainya. tetapi anda tidak tahu adakah ia cinta? demi menjaga hatinya, anda mengakui yang anda cintakannya!!

dalam hati(hakikatnya) : itu bukan CINTA tetapi BELAS KASIHAN.


situasi : pandangan matanya sungguh menusuk kalbu hingga membuatkan anda terleka dan tertawan.

anda rasa : betapa bahagianya anda apabila anda perhatiannya.

dalam hati(hakikatnya) : itu bukan CINTA tetapi ANGAU.


situasi : si dia menyakitkan hati anda.

anda rasa : memang anda terasa pedih dengan kesalahannya tetapi anda maafkannya jua. anda lebih memandang kebaikannya dari perkara salah yang dilakukannya itu.

dalam hati(hakikatnya) : itu bukan CINTA tetapi PERSAHABATAN.


situasi : si dia ingin tahu, adakah setiap masa hanya dia yang berada di hati dan ruang fikiran anda?

anda rasa : anda memikirkannya tetapi bukan setiap detik kerana anda turut memikirkan banyak perkara saban hari. tetapi anda terpaksa mangakui pertanyaan si dia kerana bimbang si dia akan merajuk pula.

dalam hati(hakikatnya) : itu bukan CINTA tetapi DUSTA.


situasi : anda sanggup membuat apa sahaja demi si dia termasuklah memenuhi permintaannya membelikan pelbagai jenis hadiah biar pun ada yang di luar kemampuan anda.

anda rasa : demi si dia, lautan api sanggup ku renangi. apatah lagi sampai poket pun kering kontang! anda sanggup! anda rela!

dalam hati(hakikatnya) : itu bukan CINTA tetapi MURAH HATI.


TETAPI...

adakah anda terus bertahan biarpun sejuta rasa bercampur baur di hati anda? antara kesakitan dan kegembiraan, hingga membutakan anda untuk terus mengakui betapa hebatnya perasaan yang anda alami. anda mahu terus bersamanya. bagaikan kuasa magnet yang menarik anda terhadapnya. ITULAH CINTA.

apakah anda sanggup menerima kesalahannya kerana menganggap tiada manusia yang sempurna dan tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan? jika demikian, ITULAH CINTA.

biar pun ada orang lain yang mendambakan cinta anda. biar pun ada orang lain yang sanggup melakukan apa sahaja buat anda. tetapi anda hanya mahukan si dia, tanpa ada sebarang batasan, barangan mahu pun penyesalan. ITULAH CINTA.

anda sanggup menangis dan bersusah payah bersamanya. anda sanggup melalui segala suka duka bersamanya biar pun sebenarnya anda berpeluang melepasi tahap tersebut tanpanya. anda harus kuat kerana dia. ITULAH CINTA.

hati anda gembira ketika si dia berbahagia. hati anda menangis ketika si dia muram. ITULAH CINTA.

sinar matanya menusuk kalbu, menusuk ke jauh dasar hatimu, menyentuh lembut jiwamu dan membuatkan hatimu mekar mewangi selalu. jika hal yang sedemikian berlaku, maka apa yang hati anda rasai...

ITULAH DINAMAKAN CINTA.



thanks for reading :)


LIKE the post ? just click LIKE ^^

No comments:

Post a Comment

 
COPYRIGHT AND WHOLLY OWN BY STEMARLIA OHJOLLY. NO COPY PASTING